Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Projek Residensi Siswa Sasar Sediakan Kediaman Untuk 10,000 Mahasiswa, Kata PM Anwar

RESIDENSI
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) bakal menyediakan kediaman untuk 10,000 mahasiswa menerusi fasa pertama pelaksanaannya di bawah Belanjawan MADANI 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu merupakan hasil kerjasama strategik antara universiti dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi menangani isu penginapan mahasiswa yang sekian lama menjadi cabaran.

Menurut beliau, selain Projek Residensi Siswa, Projek Vista Kampus turut akan dilaksanakan di enam universiti terpilih, termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Katanya, kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek berkenaan dan semua pihak berkaitan perlu menyelaras usaha bagi memastikan pembinaannya dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.

“Semua jentera berkaitan, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, perlu menyelaras usaha bagi memastikan projek ini disiapkan lebih awal daripada jadual,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Beliau berkata, usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selain memastikan kebajikan mahasiswa terus menjadi sebahagian daripada keutamaan pembangunan negara.

Intipati
  • Projek Residensi Siswa UM bakal menyediakan kediaman untuk 10,000 mahasiswa pada fasa pertama.
  • Anwar berkata projek itu hasil kerjasama strategik universiti dan GLIC menangani isu penginapan.
  • Projek Vista Kampus turut akan dilaksanakan di enam universiti terpilih, termasuk UniSZA dan UiTM.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan