Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemilik Laungan Azan Di TV, Ustaz Abu Bakar Sairi Meninggal Dunia
Mantan bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Haji Abu Bakar Sairi meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, selepas bertarung dengan kanser hati, sejak tahun lepas.
Perkhabaran duka itu turut dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan di Facebook miliknya.
"Saya merakam ucapan takziah di atas pemergian bekas bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Almarhum Ustaz Haji Abu Bakar Sairi.
"Almarhum meninggal dunia pada usia 72 tahun di kediamannya di Shah Alam, selepas bertarung dengan kanser hati, sejak tahun lepas.
"Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," kongsi beliau.
Untuk makluman, Ustaz Haji Abu Bakar Sairi merupakan sosok atau individu kepada pemilik alunan merdu azan yang berkumandang di televisyen setiap kali masuk waktu solat.
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.