Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran

Hannah
Ismail Haniyeh dibunuh di Iran
Sumber: BERNAMA

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran

ISTANBUL, 31 Julai (Bernama-Anadolu) — Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, umum kumpulan itu pada awal pagi Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Hamas berdukacita kepada rakyat Palestin, kepada negara Arab dan Islam di seluruh dunia atas kematian syahid Ismail Haniyeh, ketua kumpulan ini yang terkorban dalam serangan Zionis ke atas kediamannya di Tehran selepas menghadiri majlis pelantikan presiden Iran yang baharu,” menurut kenyataan itu di Telegram.

Televisyen Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan mengenai pembunuhan itu sedang dijalankan dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

Tiada pengumuman segera dibuat oleh Israel mengenai insiden itu.

BACA: Helikopter Terhempas: Presiden Iran & Semua Penumpang Ditemui Meninggal Dunia

Sumber: BERNAMA