Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Diberi Penangguhan Bayaran Balik - PM Anwar

Peminjam PTPTN
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2027 kepada peminjam yang berpendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peminjam yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan pula hanya dikenakan bayaran balik minimum sebanyak RM50.

Menurutnya, langkah itu dijangka memanfaatkan lebih 400,000 peminjam PTPTN.

Dalam pada itu, kerajaan turut bersetuju memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur.

Selain itu, potongan cukai akan diberikan kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja, meliputi bayaran yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

Intipati
  • Kerajaan bersetuju menangguhkan bayaran balik PTPTN 2027 bagi peminjam berpendapatan RM2,500 ke bawah.
  • Peminjam berpendapatan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan hanya dikenakan bayaran balik minimum RM50.
  • Diskaun 10 peratus diberi kepada peminjam tanpa tunggakan yang membayar secara teratur.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan