Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemuda Sebak Tak Perlu Bayar Kos Baiki Motosikal

Pemuda Sebak Tak Perlu
Kredit: TikTok @minyakhitamjalanan

Pemuda Sebak Tak Perlu Bayar Kos Baiki Motosikal

Setiap anak perantau pastinya memahami betapa peritnya mencari 'emas' di negeri orang.

Dalam kesibukan mencari rezeki, kadangkala kita diuji dengan pelbagai ujian yang tidak diduga seperti kesihatan, kenderaan rosak dan sebagainya, yang memaksa untuk mencari bantuan.

Jika berada di rumah, mungkin situasinya lebih mudah untuk meminta bantuan orang disekeliling, namun apabila berjauhan ratusan kilometer daripada keluarga sudah tentu sukar buat kita.

Apatah lagi tidak mengenali dan tidak tahu orang di sekeliling untuk meminta bantuan.

Motosikal Rosak Tengah Malam, Pemuda Sebak Dibantu Insan Berhati Mulia

Itulah situasi yang dilalui oleh seorang lelaki dikenali sebagai Dicky apabila motosikalnya mengalami kerosakan pada lewat malam.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @minyakhitamjalanan, rantai motosikal lelaki itu putus manakala spocket depan turut hilang, menyebabkan dia terkandas.

Kredit: TikTok @minyakhitamjalanan

Lebih menyedihkan, dia gagal mendapatkan bantuan daripada mekanik lain.

"Saya dapat nombor abang dari TikTok… saya dah call pomen lain tapi tak layan sampai kena block," luahnya.

Ketika membaiki motosikalnya, mekanik berkenaan sempat berborak dengan mengajukan beberapa soalan sehingga membuatnya terkedu.

Kredit: TikTok @minyakhitamjalanan

Bagaimanapun, setelah selesai membaikinya, dia mengetahui baki wang pemuda itu juga cukup-cukup untuk kegunaan sendiri sahaja.

"Aku pun sampai je dekat dia, borak-borak la dengan dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kerja, dia nak bayar aku tengok dalam telefon dia ada duit cukup-cukup untuk dia je.

" Dalam hati aku, mungkin dia betul-betul memerlukan, aku pakai la duit infak untuk dia.

"Masa dia peluk aku korang jangan tanya la. aku memag tak boleh tahan dah.

"Setiap manusia pasti ada dugaan dan cerita sendiri, semoga abang ni kuat dan semangat amin," luah mekanik itu.

Tersentuh dengan situasi, mekanik tersebut beralah dan tidak mengambil upah sebaliknya mengganggap satu bantuan buat orang yang dalam kesusahan.

"Takpa.. tak payah bayar.. anggap ini rezeki awak.

"Hari ini saya tolong awak.. esok Allah tolong saya," katanya. sambil menambah kos ini sudah diinfakkan.

Sementara itu, pemuda berkenaan pada awalnya mahu menolak apa yang dikatakan mekanik berkenaan.

Namun setelah dipujuk, dia tidak dapat menahan sebak dan memeluk erat mekanik itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak dan memuji tindakan yang dilakukan oleh mekanik itu.