Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penari Breakdance Australia, Raygun Umum Bersara
Penari breakdance terkenal dari Australia, Rachael “Raygun” Gunn, mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada pertandingan breakdance semalam.
Terdahulu, wanita berusia 37 tahun itu mula menjadi sorotan selepas menunjukkan gaya unik seperti ‘kangaroo hop’ dan ‘sprinkler’ ketika Sukan Olimpik.
Difahamkan, keputusan persaraannya dibuat kerana sukar menangani pelbagai reaksi negatif dan kecaman daripada orang ramai.
“Saya tidak boleh kawal persepsi orang terhadap saya atau siapa diri saya.
“Saya memikirkan penelitian yang akan dilakukan kerana ada orang yang akan rakam dan meletakkan klip tersebut di Internet,” katanya.
Tambah Raygun, beliau akan terus bergiat dalam dunia breakdance tetapi tidak lagi mengambil bahagian dalam pertandingan secara kompetitif.
“Saya akan terus menari tetapi hanya di sebalik pintu tertutup bersama pasangan,” katanya lagi.
Ketika bertanding di Place de la Concorde semasa Olimpik Paris, Raygun gagal mencatat sebarang mata dalam ketiga-tiga pusingan.
Hal ini menyebabkan pelbagai tuduhan dilontarkan kepadanya, dengan ramai menuduh Raygun telah memanipulasi proses pemilihan bagi mewakili Australia.
Selain itu, sebuah petisyen dalam talian turut dimuat naik yang menuntut Raygun untuk memohon maaf.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC), Matt Carroll, menyelar tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai “tidak berasas, mengelirukan serta berbentuk buli”.
BACA: Kucing Jalanan Malaysia Jadi Juara Dunia
BACA: Ke mana Pergi Duit KWSP Jika Ahli Meninggal dunia?
BACA: Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Bangunan Sekolah
Sumber: Mothership