Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penasihat Undang-undang UMNO Dibebaskan Atas Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM15 Juta

Gambar: BERNAMA

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan penasihat undang-undang UMNO, Mohd Hafarizam Harun atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Mengimbas kembali, Hafarizam yang juga merupakan seorang peguam telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 21 Februari 2019 lalu atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram.

Merujuk laporan Awani, beliau ketika itu didakwa pernah menerima wang berjumlah RM15 juta daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun firma guamannya.

Bagaimanapun, Hafarizam yang turut banyak mewakili Najib dalam kes saman sivil bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Azman Ahmad.

Berita penuh menyusul.

Sumber: BERNAMA / Awani