Pernah tak anda rasa penat, tapi mata anda susah nak lelap?
Fikiran pula mula melayang memikirkan kerja, masalah atau perkara yang belum lagi selesai.
Kalau anda sentiasa menghadapi situasi ini, ashwagandha mungkin apa yang anda perlukan.
Apa Itu Ashwagandha?

Secara ringkasnya, ashwagandha merupakan sejenis tumbuhan herba yang sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional Ayuverda dari India.
Belakangan ini, namanya sering kita dengari dalam dunia kesihatan moden.
Herba ini semakin mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan potensi membantu mengurangkan stress dan meningkatkan kualiti tidur.
Menurut Office of Dietary Supplements (ODS) di bawah National Institutes of Health (NIH), herba ini sememangnya menjadi fokus kajian untuk melihat kesannnya terhadap keresahan dan quality tidur.
Cuma, harus kita ingat bahawa kajian moden mengenai ashwagandha ini masih berterusan dan hasilnya boleh berbeza mengikut individu.
Bantu Kurangkan Stres, Fikiran Lebih Tenang?
Apabila berhadapan dengan tekanan kerja atau masalah harian, kadang-kadang otak kita susah untuk tukar ke 'mod senyap'.
Menariknya, satu ulasan sistematik pada 2021 yang melibatkan tujuh kajian dan 491 orang dewasa mendapati pengambilan ashwagandha dikaitkan dengan pengurangan tahap stres dan keresahan berbanding plasebo.
Kajian tersebut turut melaporkan penurunan paras kortisol, iaitu hormon yang terlibat dalam tindak balas tubuh terhadap stres.
Solusi Untuk Yang Susah Tidur Malam?
Selain stres, ashwaganda juga terkenal dalam kalangan mereka yang ada masalah insomnia atau sukar untuk melelapkan mata.
Berdasarkan ulusan saintifik pada 2021 oleh ODS (NIH) yang melibatkan 372 responden, pengambilan ashwagandha menunjukkan peningkatan kualiti tidur yang lebih baik berbanding kumpulan yang tidak mengambilnya.
Peningkatan ini lebih ketara buat mereka yang kerap mengalami kesukaran untuk tidur.
Tapi Ashwagandha Bukan Ubat Ajaib
Walaupun terbukti berkesan mengikut individu, ashwagandha bukanlah ubat ajab kepada semua masalah tidur.
Pakar-pakar dari Havard meningatkan bahawa bukti saintifik yang ada hari ini masih agak terhad.
Kesannya bergantung kepada dos, jenis ekstrak, dan tindak balas badan masing-masing.
Kenali Risiko Dan Kesan Sampingan
Sebelum anda tergesa-gesa membeli suplemen ini secara atas talian, ambil tahu dulu beberapa perkara penting:
Kesan Sampingan Biasa: Boleh menyebabkan sakit perut, loya, cirit-birit, atau rasa mengantuk berlebihan.
Kesan Serius: Dalam kes yang sangat jarang berlaku, terdapat laporan berkaitan kecederaan hati.
Tindak Balas Ubat: Boleh bertindak balas secara negatif jika anda sedang mengambil ubat penenang, ubat keresahan, atau ubat tiroid.
Tempoh Pengambilan: Keselamatan penggunaannya untuk tempoh panjang (melebihi 3 bulan) masih belum dipastikan sepenuhnya oleh pakar.
Jadi, ashwagandha memang mempunyai potensi yang menarik sebagai peneman semula jadi untuk membantu menguruskan stres dan tidur yang lebih teratur. Namun, ia bukanlah penawar mutlak.
Jika masalah sukar tidur anda sudah berlarutan hingga mengganggu aktiviti harian dan emosi, langkah terbaik bukanlah bergantung sepenuhnya pada suplemen. Sebaliknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan untuk mencari punca sebenar.

