Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pendaki Wanita Mati Kesejukan, Teman Lelaki Didakwa Biarkan Mangsa Di Puncak Gunung

Athirah
Kredit: Webcam

Pendaki Wanita Mati Kesejukan, Teman Lelaki Didakwa Biarkan Mangsa Di Puncak Gunung

Seorang pendaki wanita berusia 33 tahun dijumpai mati kesejukan selepas ditinggalkan bersendirian oleh teman lelakinya selama hampir tujuh jam di gunung tertinggi Austria, lapor portal Metro UK.

Mangsa, Kerstin Gurtner disahkan meninggal dunia di Gunung Grossglockner setinggi 3,852 meter ketika suhu mencatatkan -20 darjah Celsius pada Januari tahun lalu.

Defendan, Thomas Plamberger, 39, yang kini berdepan pertuduhan menyebabkan kematian akibat kecuaian melampau, didakwa meninggalkan Gurtner dalam keadaan tidak dilindungi, keletihan, mengalami hipotermia dan kebingungan.

Difahamkan, pendakwa raya memberitahu bahawa defendan adalah seorang pendaki berpengalaman dan bertanggungjawab sebagai jurupandu dalam pendakian itu.

Bagaimanapun, defendan menafikan dakwaan tersebut dengan alasan dia meninggalkan mangsa demi mendapatkan bantuan, namun kesejukan melampau menyebabkan mangsa terkorban.

Plamberger turut didakwa memulakan pendakian dua jam lewat daripada jadual dan tidak membawa peralatan kecemasan yang mencukupi.

Rakaman video kejadian menunjukkan lampu pasangan itu menyala sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) sebelum mereka terkandas pada pukul 8.50 malam (waktu tempatan).

Metro UK melaporkan defendan meninggalkan mangsa sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan), manakala mayat wanita itu ditemukan pada pukul 10 pagi (waktu tempatan), kira-kira 45.72 meter dari puncak.

Selain itu, dia juga dituduh tidak memberikan isyarat kecemasan apabila helikopter polis terbang di lokasi kejadian pada pukul 10.50 malam (waktu tempatan) dan lambat menghubungi perkhidmatan penyelamat.

“Defendan tidak mengambil kira bahawa teman wanitanya tidak berpengalaman dan tidak pernah melakukan pendakian gunung tinggi,” kata pendakwa raya.

BACA: “Air Dari Mana,” Mat Saleh Temu Bual Pekerja Bangladesh Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum

Sumber: Metro UK