Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pendidikan, Penyelidikan Dan Bakat Jadi Fokus Perbincangan Malaysia-MIT

PENDIDIKAN
Kredit: Facebook Zambry Abd Kadir

Malaysia berhasrat memperkukuh hubungan dengan universiti terbaik dunia bagi membuka lebih banyak peluang kepada mahasiswa, pensyarah dan penyelidik tempatan untuk belajar, bekerjasama serta menghasilkan impak di peringkat global.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, usaha itu bukan sekadar melibatkan hubungan antara institusi, sebaliknya turut memberi penekanan terhadap pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi dan kerjasama antarabangsa.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook selepas menerima kunjungan hormat Chancellor Massachusetts Institute of Technology (MIT), Prof Melissa Nobles, semalam.

Menurutnya, pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perkembangan pendidikan tinggi, khususnya berkaitan pembangunan bakat, pengalaman mahasiswa, penyelidikan dan inovasi.

“Kami turut berbincang mengenai potensi untuk memperluas hubungan antara MIT dan institusi pendidikan tinggi Malaysia, termasuk melalui jaringan akademik, penyelidikan bersama, mobiliti bakat serta bidang-bidang strategik yang mempunyai kepentingan bersama,” katanya.

Ujarnya, kerjasama dengan institusi pendidikan bertaraf dunia penting dalam membuka ruang lebih luas kepada warga akademik dan penyelidik negara untuk membina jaringan serta menghasilkan penyelidikan yang memberi impak.

Jelasnya, Malaysia mahu terus membina hubungan dengan universiti terbaik dunia bukan hanya menerusi pertukaran antara institusi, tetapi juga bagi mencipta peluang yang memberi manfaat secara langsung kepada mahasiswa, pensyarah dan penyelidik.

Menurut Zambry, hubungan antara MIT dan ekosistem pendidikan tinggi Malaysia juga diharap dapat terus diperkukuh menerusi pelbagai bentuk kerjasama pada masa akan datang.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Prof Melissa atas kunjungan serta perbincangan yang disifatkannya berlangsung dengan baik.

“Semoga hubungan antara MIT dan ekosistem pendidikan tinggi Malaysia dapat terus diperkukuh,” ujarnya.

Intipati
  • Malaysia berhasrat memperkukuh hubungan dengan universiti terbaik dunia, termasuk MIT.
  • Pertemuan Zambry dan Melissa Nobles membincangkan bakat, pengalaman mahasiswa, penyelidikan serta inovasi.
  • Kerjasama diharap meliputi jaringan akademik, penyelidikan bersama dan mobiliti bakat strategik.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan