Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penduduk Islam Di Selangor Boleh Ikuti ‘FB Live’ Untuk Solat Sunat Aidilfitri – JAIS

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), umat Islam di negeri Selangor boleh melakukan Solat Sunat Aidilfitri di rumah masing-masing.

Menurut JAIS, solat sunat hari raya itu boleh dilaksanakan berpandukan takbir dan solat secara langsung yang disiarkan menerusi Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Gambar: JAIS

JAIS juga tidak membenarkan penduduknya untuk melakukan Solat Sunat Aidilfitri di masjid atau surau yang ada di negeri itu kecuali tiga pegawai masjid dan surau yang bertugas.

Gambar: JAIS

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Teks Penuh Khutbah Khas Aidilfitri, bolehlah dimuat turun dengan melayari laman web yang disediakan ini iaitu https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah/khas .

Sumber: JAIS