Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penduduk Jawa & Sumatera Diminta Peka, Kemungkinan Berlaku Tsunami Waktu Malam Dalam Masa Terdekat

akan berlaku tsunami

Jabatan Meterologi, Klimatologi dan Geofizik, Indonesia (BMKG), telah mengeluarkan amaran kemungkinan akan berlaku tsunami dalam masa terdekat.

Memetik Kompas, dalam satu kenyataan Ketua Pengarah BMKG, Dwikorita Karnaawati berkata amaran gunung berapi itu dinaikkan ke tahap tiga (daripada maksimum empat) berikutan peningkatan aktiviti Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera.

“Orang ramai diminta lebih peka dengan potensi gelombang tinggi atau tsunami terutamanya pada waktu malam,” jelasnya lagi.

Mulai 24 April lalu, orang ramai, nelayan serta pelancong dilarang melakukan aktiviti dalam radius 5 kilometer dari gunung berapi itu.

Justeru, BMKG berharap orang ramai memberi perhatian kepada pengumuman yang dibuat oleh agensi kerajaan dan tidak terpengaruh dengan berita palsu.

“Mana-mana keadaan yang berpotensi membawa kepada situasi bencana yang pasti akan dimaklumkan kepada orang awam.”

Pihak berkuasa juga menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan tersebut agar sentiasa memakai pelitup dan waspada dengan ancaman pelepasan gas dan debu gunung berapi. Ia sekali gus turut meminta penduduk agar berhati-hati melakukan aktiviti luar rumah terutama di kawasan pantai Banten.

Abu gunung berapi tersebut sudah dirasai di beberapa daerah termasuklah di daerah Carita, Panimbang, Cigeulis dan beberapa lagi kawasan di Banten.

Aktiviti letusan lahar panas Gunung Anak Krakatau dilaporkan semakin aktif sejak hujung minggu lepas.

Pada tahun 2018 lalu, gunung berapi yang sama meletus hingga menyebabkan bahagian lereng bukit runtuh sehingga mengakibatkan tsunami yang telah mengorbankan ratusan nyawa.

Sumber: Kompas, Liputan6