Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
pergelangan tangan dadah
Gambar: BERNAMA

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Iqbal Yasir

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

IPOH (Bernama) — Pergaduhan melibatkan tiga lelaki dengan 20 lelaki lain berhampiran jalan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan menjawab kes penemuan pergelangan tangan manusia di lokasi kemalangan kenderaan di lokasi terbabit pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.

“Siasatan mendapati mangsa pertama mengalami kecederaan hampir putus pergelangan tangan kiri, mangsa kedua putus pergelangan tangan kiri manakala mangsa ketiga putus urat di tapak tangan kiri.

“Mereka (mangsa) dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata berdasarkan keterangan yang direkodkan, ketiga-tiga lelaki itu menyatakan diserang oleh kira-kira 20 lelaki yang memakai topeng dengan bersenjatakan kayu dan parang.

Menurut Abang Zainal Abidin pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Susulan itu, polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 37 tahun disyaki suspek kes berkenaan bagi membantu siasatan. Kesemuanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok untuk permohonan reman,” katanya sambil menambah polis sedang mengesan suspek lain yang masih bebas.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Syafiq Mohd Ghazali menerusi talian 013-7962051 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu, pergelangan tangan manusia terputus dijumpai berhampiran lokasi sebuah kereta terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan di sini pagi Ahad.

Sumber: BERNAMA