Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pengangkutan Awam Jakarta Di Tangga Ke-17 Terbaik Dunia

Hannah
pengangkutan awam terbaik dunia
Gambar: MyTravelation.com

Pengangkutan Awam Jakarta Di Tangga Ke-17 Terbaik Dunia

Pengangkutan awam di Jakarta berjaya menempati tangga ke-17 terbaik dunia pada tahun 2025.

Senarai ini dikeluarkan oleh Time Out, sebuah badan survey antarabangsa yang menilai 50 bandar dengan sistem pengangkutan awam terbaik.

Lebih mengejutkan, Jakarta juga muncul sebagai bandar kedua terbaik di Asia Tenggara selepas Singapura, sekali gus mengatasi Kuala Lumpur, Bangkok dan Manila.

Gabenor DKI Jakarta, Pramono Anung, menyatakan kejayaan ini membuktikan bandar tersebut semakin diiktiraf di peringkat global.

“Dari 50 bandar dengan responden seramai 18,000 orang, Jakarta berada di tangga ke-17.

“Di ASEAN pula, kita hanya kalah dengan Singapura, malah lebih baik daripada Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok,” katanya di Jakarta Pusat, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut berharap pencapaian itu menjadi permulaan untuk penambahbaikan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Mudah-mudahan kita bukan lagi di ranking 17, tetapi boleh naik lebih tinggi lagi,” ujarnya optimis.

Senarai 19 bandar dengan pengangkutan awam terbaik

Menurut Time Out, berikut adalah 19 bandar teratas bagi kategori pengangkutan awam:

1. Hong Kong, SAR

2. Shanghai, China

3. Beijing, China

4. Abu Dhabi, UAE

5. Taipei, Taiwan

6. London, UK

7. Vienna, Austria

8. Seoul, Korea Selatan

9. Mumbai, India

10. Doha, Qatar

11. Delhi, India

12. Singapura

13. Zurich, Switzerland

14. Brighton, UK

15. Edinburgh, UK

16. Oslo, Norway

17. Jakarta, Indonesia

18. Warsaw, Poland

19. Tallinn, Estonia

Laporan Time Out menjelaskan, sistem bas TransJakarta yang beroperasi di lorong khas menjadi tulang belakang pengangkutan awam ibu kota Indonesia itu.

Dengan kadar kelulusan 79 peratus, ia dianggap paling efisien dan berpatutan untuk rakyat.

Selain itu, Jakarta turut dilengkapi dengan Microtrans (bas bersaiz sederhana yang menghubungkan stesen busway), MRT, LRT serta Keretapi Komuter yang meliputi kawasan Greater Jakarta.

Gabungan rangkaian ini membantu mengurangkan kesesakan trafik yang selama ini menjadi masalah utama bandar tersebut, ujar Time Out.

Bagaimana dengan Malaysia?

Ironinya, walaupun Kuala Lumpur terkenal sebagai ibu negara yang sibuk, moden dan menjadi tumpuan pelancong, nama Malaysia langsung tidak tersenarai dalam laporan tersebut.

BACA: Malaysia Negara Ke-3 Paling Aman Di Asia, Ke-13 Di Dunia

Sumber: Detik, Time Out