Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Pengarah Animasi Ejen Ali, Andy Abdul Ghani Meninggal Dunia Selepas Dilapor Hilang
Pengarah Animasi Ejen Ali, Andy Abdul Ghani disahkan telah meninggal dunia selepas dilapor hilang sejak semalam.
Berita dukacita itu turut disahkan oleh syarikat animasi, Wau Animation Sdn Bhd di laman Facebook sebentar tadi.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Dengan berat hati, kami memaklumkan bahawa salah seorang Wauriors, Andy Abdul Ghani, telah ditemui dan disahkan meninggal dunia selepas insiden di Sungai Kinabatangan, Sabah
“Kami mengucapkan setulus takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” ujar hantaran itu.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengucapkan salam tazkiah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman, diampunkan segala dosa dan diberi ganjaran syurga.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Salam takziah buat keluarga arwah, semoga tabah menghadapi ujian ini,” komen seorang wargamaya.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Andy merupakan seorang mentor dan sahabat yang sangat baik. Banyak ilmu yang telah dicurahkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman,” komen seorang lagi wargamaya.

Baca: Lesen Memandu Tamat Tempoh Lebih 3 Tahun Dianggap Tak Aktif, Tidak Layak Dapat Subsidi RON95
Sumber: Wau Animation