Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hospital Indonesia Gaza
Gambar: MER-C Indonesia via BERNAMA

Pengarah Hospital Indonesia Di Gaza, Keluarga Maut Dalam Serangan Udara Israel

Hannah

Pengarah Hospital Indonesia Di Gaza, Keluarga Maut Dalam Serangan Udara Israel

JAKARTA, 3 Julai (Bernama) — Pengarah Hospital Indonesia di Gaza, Dr Marwan Al-Sultan terkorban bersama ahli keluarganya dalam satu serangan Israel yang membedil kediaman mereka di Tal al-Hawa, barat daya Bandar Gaza pada Rabu, menurut sebuah pertubuhan kemanusiaan Indonesia.

Medical Emergency Rescue Committee (MER‑C), sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Jakarta yang mengendalikan hospital berkenaan mengesahkan pemergian Dr Marwan berdasarkan maklumat daripada pasukan tempatan mereka di Gaza.

“Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian Dr Marwan dan ahli keluarganya akibat serangan udara yang mengenai kediaman mereka,” kata seorang sukarelawan MER‑C di Gaza.

Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan itu manakala beberapa yang lain cedera, menurut kenyataan organisasi berkenaan.

Dr Marwan, seorang warga Palestin digambarkan sebagai “tokoh perubatan yang amat berdedikasi” yang telah lama berkhidmat untuk rakyat Gaza, khususnya ketika krisis berulang dan konflik bersenjata.

“Pemergiannya merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada rakan-rakan sejawat, tetapi juga kepada para pesakit serta masyarakat Gaza yang mengenalinya.

“Semoga beliau dan keluarganya dikurniakan tempat terbaik di akhirat,” menurut MER‑C.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengecam tindakan yang disifatkan sebagai “jenayah keji” terhadap petugas kesihatan.

“Setiap serangan ke atas petugas perubatan dan kemanusiaan membuktikan pendekatan berdarah dan niat jahat yang disengajakan untuk menyasarkan mereka secara langsung,” menurut kenyataan kementerian itu.

Kerajaan Indonesia turut menyampaikan ucapan takziah dan kecaman terhadap serangan itu.

“Indonesia merakamkan ucapan takziah atas pemergian Dr Marwan dan keluarganya pada 2 Julai, serta mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel,” menurut hantaran Kementerian Luar di platform X.

Dalam kenyataan itu, Dr Marwan dikenang atas “khidmat, komitmen dan perjuangan atas nama kemanusiaan dan keamanan di Palestin”, selain menegaskan bahawa Indonesia akan terus memantau keadaan semasa Hospital Indonesia.

Indonesia sekali lagi menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta dan penamatan apa yang digambarkan sebagai “kekejaman Israel”.

Hospital Indonesia yang terletak di utara Gaza dan dibiayai oleh masyarakat sivil Indonesia menyediakan perkhidmatan rawatan kritikal sejak 2016, dan Dr Marwan memainkan peranan penting dalam memastikan ia terus beroperasi di tengah-tengah konflik yang berterusan.

BACA: Isu Kesilapan Ejaan ‘Allah’: JAKIM Sedia Kerjasama Semakan Kaligrafi Masjid, Surau Di Melaka

Sumber: BERNAMA