Pengarah ‘Nur 2’ Jawab Komen Peguam Bahawa Tidak Pernah Dalam Sejarah Wanita Ditahan Merogol Seorang Lelaki

Nur Farra

Pengakhiran drama bersiri ‘Nur 2’ mendapat perhatian netizen apabila babak Juita ditahan kerana dituduh merogol menjadi topik debat hangat di media sosial.

Rata-rata mempersoalkan kedudukan seorang wanita yang dituduh merogol. Dalam pada itu, seorang peguam beberapa hari lalu turut melontarkan pandangannya terhadap isu ini dan berpendapat bahawa tidak pernah seorang wanita ditahan kerana merogol seorang lelaki dalam sejarah undang-undang negara ini.

Walau bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Shahrulezad memberikan penjelasan melalui Instagram miliknya.

Sumber: budakijat