Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penggantungan Berakhir, Datuk Noor Azman Kembali Galas Tugas Setiausaha Agung FAM
Datuk Noor Azman Rahman kembali menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa serta-merta selepas penggantungannya telah berakhir.
FAM menerusi satu kenyataan berkata penggantungan itu berakhir selepas diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang diadakan pada Rabu.
“Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 22 Disember 2025 telah membincangkan hasil laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) dan ketika itu membuat keputusan meneruskan penggantungan Datuk Noor Azman (sejak 17 Oktober 2025) bagi membawa kes tersebut ke Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.
“Justeru, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu telah bermesyuarat dan setelah mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dikenakan ke atas beliau dan juga laporan IIC bertarikh 15 Disember 2025, memutuskan untuk mengembalikan Datuk Noor Azman kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta,” kata FAM.
Tambah FAM lagi, keputusan terbaharu ini menunjukkan bahawa Datuk Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen.
Sumber: Football Association of Malaysia