Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rapid kl kad debit
Gambar: MRT

Pengguna Rapid KL Boleh Guna Kad Debit, Kredit Di Semua Kaunter Khidmat Pelanggan

Nurhanis

Pengguna Rapid KL Boleh Guna Kad Debit, Kredit Di Semua Kaunter Khidmat Pelanggan

KUALA LUMPUR 1 Mei (Bernama) — Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL memperkenalkan mod pembayaran baharu melalui penggunaan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan bermula semalam.

Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kaedah pembayaran baharu itu yang merupakan platform tambahan daripada pembayaran sedia ada bertujuan memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian kepada pengguna Rapid KL.

Menurut kenyataan itu, pengenalan mod pembayaran baharu berkenaan juga sejajar dengan komitmen Rapid Rail untuk sentiasa menambah baik sistem pembelian yang sedia ada selain memenuhi keperluan pengguna bagi memberi pengalaman positif kepada penumpang ketika menggunakan perkhidmatan Rapid KL.

“Pengguna transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel dan bas rapid transit (BRT) kini mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan kad debit atau kredit bagi transaksi membeli token, menambah nilai kad Touch ‘n Go, dan melanggan pas perjalanan My50 atau MyCity.

“Dengan pilihan pembayaran baharu ini, pengguna tidak perlu risau untuk membawa wang tunai atau mencari mesin juruwang automatik (ATM) kerana ia dapat memberi transaksi yang lebih selamat dan lancar. Mod pembayaran baharu ini turut tersedia untuk Kaunter Pendaftaran Kad Konsesi Rapid KL di Hab Pasar Seni dan Stesen MRT Conlay,” menurut kenyataan itu.

Rapid Rail turut memaklumkan pembelian token masih boleh dilakukan di mesin tiket stesen, namun menggalakkan pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya mod pembayaran baharu supaya dapat merasai kemudahan baharu yang ditawarkan itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bayi Maut Akibat Didera, Polis Tahan Empat Individu