Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penghormatan Terakhir, Ribuan Penunggang Ojek Iringi Jenazah Lelaki Digilis Kenderaan Polis

Sofea
ribuan penunggang ojek
Kredit: Indozone/okezone

Penghormatan Terakhir, Ribuan Penunggang Ojek Iringi Jenazah Lelaki Digilis Kenderaan Polis

Suasana luar biasa dapat disaksikan di Indonesia hari ini apabila ribuan penunggang ojek mengiringi jenazah Affan Kurniawan, 21, yang maut dilanggar dan digilis oleh kenderaan perisai polis ketika demonstrasi.

Menerusi video yang tular di TikTok, kesemua penunggang mengiringi jenazah ke lokasi Tanah Perkuburan Karet Bivak, Jakarta Pusat.

Menurut Indozone, mereka bertindak sedemikian sebagai satu bentuk penghormatan dan solidariti terakhir untuk mangsa.

Proses mengiringi jenazah itu bermula dari rumah keluarga di Jalan Blora, Menteng, sekitar jam 9.30 pagi, selepas jenazah disolatkan.

Sepanjang laluan menuju tanah perkuburan, ia dipenuhi oleh para penunggang yang mengiringi van jenazah hingga ke tempat persemadian terakhir dengan selamat.

Selain itu, turut tular video yang memaparkan orang ramai memenuhi tanah perkuburan.

BACA JUGA: Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

“Pemergian Affan adalah semangat kita untuk meneruskan perjuangan,” kata seorang wanita di situ.

Terdahulu, Affan dilaporkan meninggal dunia selepas dilanggar dan digilis oleh kenderaan pasukan khas polis, Briged Mobil (Brimob).

Insiden itu telah berlaku di hadapan Pangsapuri Bendungan Hilir II di Jakarta Pusat pada Khamis.

Dalam video tular, mangsa yang juga seorang penunggang teksi motosikal dilihat telah dilanggar oleh kenderaan terbabit dan terjatuh. Selepas itu, mangsa telah digilis sehingga menyebabkan keadaan di situ menjadi kecoh.

Pada awalnya, pegawai polis menahan penunjuk perasaan berhampiran stesen minyak Pejompongan di Bendungan Hilir, Jakarta Pusat. Lebih kurang jam 7.25 malam, kenderaan polis itu tiba-tiba memecut di tengah jalan tanpa menghiraukan orang ramai yang berkumpul.

Keadaan ini menambahkan lagi kemarahan rakyat Indonesia yang telah memulakan demonstrasi sejak 25 Ogos lalu. Mereka sebelum ini menuntut agar Dewan Perwakilan Rakyat dibubarkan susulan kontroversi kenaikan gaji ahlinya.

Sumber: Indozone, okezone