Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Lebih Baik Dari Netherlands

Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Lebih Baik Dari Netherlands
Gambar hiasan via Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pengurusan COVID-19 di Malaysia lebih baik dari Netherlands, adakah kenyataan ini sekadar kata-kata ciptaan ataupun realiti?

Covid-19 sudah melanda negara dan dunia selama lebih kurang dua tahun dan sehingga kini, masih terdapat ribuan kes jangkitan di seluruh dunia.

Tapi, kes pada masa sekarang tidaklah seteruk sewaktu awal virus pembunuh itu melanda seperti dulu kerana ramai dalam kalangan kita yang telah divaksin.

Setelah dua tahun juga, tidak dapat dinafikan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menangani gelombang Covid-19 dengan agak baik. Tapi bagaimana pula di luar negara?

Menerusi akaun Twitter milik Paly Ishak, dia kongsikan pengalaman ketika mengembara di Eropah baru-baru ini iaitu di United Kingdom (UK) dan Netherland.

Menurutnya, sistem kesihatan di Malaysia jauh lebih baik berbanding di sana, hal ini termasuklah tentang bagaimana negara menguruskan pandemik selama dua tahun ini.

Jelasnya, Malaysia dan seluruh warga KKM telah menghadapi cabaran berdepan wabak ini dengan sangat baik dan sistematik, termasuklah kewujudan aplikasi MySejahtera.

Nak tahu lebih lanjut, mari ikuti perkongsian dari Paly Ishak yang telah kami kongsikan di bawah.

Aku baru balik travel UK & Netherland. Bab pengurusan Health Care Covid aku salute KKM Putrajaya.

Di sana mereka tak peduli pun kau positif covid ke negatif ke, just pandai-pandai kau je lah. Bila kat sana baru aku tahu betapa hebatnya Malaysia handle Covid-19, salute Khairy Jamaluddin.

Aku ada email Government Health Care Netherland pasal Covid-19, macam h***m dah empat hari tak balas-balas, pergi klinik or healthcare mereka, semua tak tahu langsung pasal rule or apa-apa pertanyaan, kena tanya atau email health government sendiri.

Sampailah aku email @kkmm_gov dan @KKMPutrajaya sekejap je mereka balas dan terangkan macam mana, siap buat janji temu melalui panggilan lagi untuk keterangan lanjut. Punya lah rasa dihargai, walaupun aku di oversea.

Di sana, mereka hanya ada klinik untuk ujian Covid-19 sahaja, tapi mereka tidak mempunyai banyak info tentangnya. Tak macam Malaysia, kau pergi mana-mana klinik buat test pon, kau boleh ‘WhatsApp’ dan call tanya dengan lebih detail. Siap nurse dan admin boleh jawapkan lg, tak payah tunggu @kkmm_gov, kalau di sana h***m.

Bila aku tunjuk MySejahtera, mereka agak kagum dengan cara macam mana kerajaan kita monitor kita. Walaupun mereka telah berada dalam fasa Endemik, kes di negara itu agak tinggi begitu juga kadar kematian berbanding Malaysia. Tapi mereka tidak peduli asalkan ekonomi berjalan.

Paling menarik, harga ujian RTK di negara kita paling murah rm30 ringgit dan PCR RM150 sahaja. Di sana kau kena sediakan la PCR rm500-700 dan RTK around rm300. Test kit mcm kita pun diorg jual around rm100-120 ringgit.

Aku bukan nak jilat @KKMPutrajaya @Khairykj tapi benda ini realiti, bila kau travel ke negara orang kau akan sedar benda ni. Lebih-lebih lagi bila kau diuji dengan positif Covid-19 kat sana, hati-hati, mereka di sana self isolate je, walaupun positif still boleh jalan-jalan dan tak perlu pakai mask.

Bila kau disahkan positif di luar negara, secara automatik tak boleh balik, kau kena self isolate ikot rule negara yang kau duduk. Kalau kena negara Eropah 11 hari. Ko kena tambah lagi 11 hari dan kau perlu buat RTK test dua hari sebelum balik ke Malaysia. Standby la duit untuk 11 hari lagi.

Nasihat aku, ambilah insurans travel covid yang mahal, walaupun sedikit mahal, tapi bekalan kau kat sana. Kalau diuji positif, atleast ada insurans cover. Kalau tak ada, merempat la kau kat sana. Sana tak ada Maeps macam Malaysia tau. Insurans pulak lepas balik Malaysia baru boleh claim.

Baca Insurans Travel Covid tu, paling penting apa yang dia cover untuk kau dan bila tarikh matang. Kalau sampai-sampi dah positif memang insurans tak cover la. Tapi jangan risau kalau kau positif still boleh jalan-jalan lagi. Cuma tak boleh balik lah. Mereka bukan tahu pun yang kau positif.

MySejahtera ni aplikasi yang sangat bagus. Semua update kat situ je. Aku masa naik flight aku tunjuk jer aplikasi tu, orang lain jenuh print bagai semata-mata nak tunjuk. Kita ‘all in one’ semua dah ada dalam tu, siap boleh monitor siapa yang +VE dan tak boleh masuk. bayangkan kau duduk lepak kedai dengan +VE tiba-tiba berjangkit kau, selamat bercuti lah kalian.

Bila tengok video covid test Scha Alyahya dan Awal Ashaari, betul, pihak sana memang masukkan sample first dalam hidung dan kira 1,2,3 dan terus masuk dalam mulut, lepastu kat sana kita tak payah pakai mask pon bila buat test covid.

Sumber: Paly Ishak