Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
feri bot roro subsidi
Kredit: Bernama

Pengusaha Feri, Bot Penumpang, RORO Terima Subsidi Diesel Bermula 1 Jan Ini

Azizah Najib

Pengusaha Feri, Bot Penumpang, RORO Terima Subsidi Diesel Bermula 1 Jan Ini

PUTRAJAYA, 20 Disember (Bernama) — Pengusaha feri, bot penumpang dan perkhidmatan feri Roll On Roll Off (RORO) di pulau-pulau utama bakal menerima subsidi diesel berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata lebih kurang 40 pengusaha bakal menikmati subsidi berkenaan.

Beliau berkata para pengusaha yang terlibat boleh mengemukakan tuntutan pertama subsidi diesel pada atau sebelum 20 Februari.

“Harga siling diesel bersubsidi bagi feri, bot penumpang dan perkhidmatan feri RORO di pulau-pulau utama ditetapkan pada RM2.50 seliter dengan kadar maksimum subsidi sebanyak 50 sen seliter,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

BACA: Malaysia Airlines Lancar Pesawat A330neo Pertama, Ini Kehebatannya

Subsidi itu akan dibekalkan di laluan-laluan strategik perkhidmatan pengangkutan itu iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Pinang.

“Pemberian subsidi itu sejajar dengan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk memastikan keberlangsungan dan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya.

Loke berkata subsidi itu dijangka memberikan impak positif dengan mengurangkan beban kos operasi, khususnya melibatkan kos bahan bakar.

Antara syarat permohonan ialah pengusaha mesti berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia dan mendapat bekalan diesel daripada syarikat bunker atau skid tank yang disahkan pihak berkuasa.

Pengusaha yang layak perlu mengemukakan permohonan kuota pembelian diesel kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

BACA: “Connected Successfully,” Rupanya Ini Pemilik Suara Di Sebalik Notifikasi Bluetooth

Selain itu, tuntutan subsidi diesel perlu dibuat secara bulanan berdasarkan kadar ditetapkan Kementerian Kewangan (MOF) pada setiap bulan.

Pengusaha juga perlu mengemukakan dokumen tuntutan yang disahkan oleh Jabatan Laut ke MOF serta satu salinan kepada stesen kastam terdekat untuk proses verifikasi tidak lewat daripada 20 hari bulan bagi bulan berikutnya.

Loke berkata meskipun pemberian subsidi bertujuan meringankan kos operasi namun menjadi tanggungjawab pengusaha untuk memastikan mutu perkhidmatan, dan aspek keselamatan dipertingkatkan agar memberi perkhidmatan yang lebih efisien serta berdaya saing kepada pengguna.

Beliau sekali lagi memberi amaran kepada pengusaha yang mendapat subsidi yang menaikkan harga tambang tanpa persetujuan Kementerian Pengangkutan, pemberian subsidi bukan sahaja boleh dibatalkan malah lesen operasi juga akan ditarik balik.

BACA: Tiada Pertuduhan Berhubung Siasatan Tender Perkhidmatan 1BestariNet KPM – SPRM

Sumber: Bernama