Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah, Pecahkan Cermin Kereta & Ugut Wanita

Faiz Mustafa
pecahkan cermin kereta
Gambar: KOSMO

Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah, Pecahkan Cermin Kereta & Ugut Wanita

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan memecahkan kereta dan mengugut seorang wanita di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar hari ini dalam kejadian yang berlaku pada minggu lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah didakwa atas pertuduhan mengetuk cermin kereta milik mangsa hingga menimbulkan perasaan takut dengan menggunakan senjata tajam sehingga berlubang dan retak.

Difahamkan, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, tertuduh juga didakwa atas perbuatan khianat terhadap hal milik mangsa hingga menyebabkan kerugian RM300 kerana memecahkan cermin kereta milik mangsa menggunakan scraper.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan bersalah, tertuduh akan menerima hukuman penjara tidak lebih daripada setahun sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kejadian itu dilaporkan kira-kira jam 5.45 petang di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kubang Kerian pada 28 Julai lalu.

Memetik Kosmo!, tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK),Ariayani Mohd. Aamin manakala pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Erdabayu Subhan.

Difahamkan juga, Siti Erdabyu telah memohon jaminan yang setimpal kepada terhadap tertuduh atas pertuduhan yang dia hadapi.

Walau bagaimanapun, Ariayani dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah mengambil kira pendapatan bulanan yang tertuduh terima sebagai penjawat awam di Hospital Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh RM1,500 sebulan.

Oleh itu, mahkamah bersetuju tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 15 September sebutan semula kes.

BACA: Nilai Dolar Singapura Capai Paras Tertinggi Berbanding RM, Kini S$1 Bersamaan RM3.23

Sumber: Kosmo!