Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Laporan SPRM Terhadap MyKiosk
Kredit: Bernama

Penjelasan KPKT Berhubung Laporan SPRM Terhadap MyKiosk

Iqbal Yasir

Penjelasan KPKT Berhubung Laporan SPRM Terhadap MyKiosk

PUTRAJAYA -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik laporan dan syor penambahbaikan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaan inisiatif MyKiosk.

KPKT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan SPRM mengesahkan bahawa tiada sebarang elemen jenayah, rasuah, atau salah guna kuasa dikesan dalam pelaksanaan projek ini.

"KPKT mendukung syor SPRM untuk memantapkan tatakelola, khususnya dalam aspek kajian keperluan dan pemantauan bagi memastikan keberkesanan projek jangka panjang.

"Sukacita KPKT ingin menjelaskan bahawa walaupun dasar dan peruntukan disalurkan di peringkat Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak sebagai agensi pelaksana utama.

"PBT bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan lokasi yang strategik, melantik peniaga yang layak, serta menyelenggara fasiliti MyKiosk.

"Laporan SPRM telah mengenal pasti kelemahan di peringkat ini, khususnya ketiadaan mekanisme pemantauan yang seragam yang menjejaskan penilaian impak projek," maklum kenyataan itu.

Berikutan itu, KPKT telah mewajibkan PBT melaksanakan kajian menyeluruh sebelum pemasangan kiosk untuk memastikan lokasi mempunyai permintaan pasaran yang tinggi. Ia sekali gus dapat menjamin kelangsungan perniagaan melalui garis panduan Baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

"Selanjutnya prestasi PBT akan dinilai melalui sistem 'Lampu Isyarat'. PBT yang gagal mencapai KPI pengisian dan pengoperasian (status Merah) berdepan tindakan pembatalan peruntukan, manakala PBT cemerlang (status Hijau) akan menerima insentif tambahan. Pemantauan ini dilaksanakan oleh JKT dan pelaporan perlu dikemukakan kepada KPKT setiap suku tahunan.

"Selain itu, PBT turut disaran untuk memindahkan unit kiosk yang kurang sambutan ke lokasi yang lebih tumpuan orang ramai bagi mengoptimumkan penggunaan aset.

"Sebagai langkah proaktif menangani isu kesesuaian lokasi, KPKT juga telah memperluaskan inisiatif ini ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui initiatif Mykiosk@Kampus sebagai menyokong agenda keusahawanan siswa atau belia di kampus.

MyKiosk Bukan Projek 'Gajah Putih'

Dalam masa yang sama, KPKT ingin memaklumkan bahawa dakwaan projek ini sebagai 'gajah putih' adalah tidak tepat.

Sehingga Julai 2025, semakan KPKT dengan semua PBT yang terlibat mendapati bahawa kadar pengisian MyKiosk 1.0 telah mencapai 91.75 peratus. Manakala MyKiosk 2.0 pula mencapai 86.78 peratus.

Inisiatif ini juga telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan lebih 7,000 keluarga penjaja kecil di seluruh negara dengan rekod kejayaan peniaga yang meraih pendapatan sehingga RM30,000 sebulan.

Sehubungan itu, KPKT komited memastikan setiap sen dana awam dibelanjakan secara berintegriti dan memberi impak optimum kepada ekonomi rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.