Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Penjualan Tiket Konsert K-POP Guna “Verification” Tugu Negara, Raih Pujian

Hannah
verification tugu negara
Kredit: TikTok @seezni.id

Penjualan Tiket Konsert K-POP Guna “Verification” Tugu Negara, Raih Pujian

Semalam, peminat K-POP di Malaysia ‘kecoh’ apabila penjualan tiket konsert jelajah dunia NCT Dream dibuka secara rasmi.

Konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur ini memang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat setia kumpulan tersebut.

Maka, tidak hairanlah ribuan peminat berpusu-pusu untuk “battle” dalam sistem penjualan tiket yang dikendalikan oleh syarikat GoLive.

Tapi, apa yang paling mencuri perhatian ramai adalah cara unik “verification” atau pengesahan pembelian tiket yang diperkenalkan kali ini.

“Haa… Gelabah la tu. Weh, nice la verification macam ni.” – Netizen

Berdasarkan perkongsian di media sosial, syarat pengesahan pembelian tiket kali ini memang lain daripada yang lain.

Pembeli diminta melengkapkan puzzle Tugu Negara terlebih dahulu sebelum transaksi berjaya disahkan.

Bagi rakyat Malaysia, cabaran ini bukanlah masalah besar kerana Tugu Negara cukup sinonim sebagai ikon bersejarah negara yang cukup dikenali.

Namun, situasi berbeza bagi peminat dari luar negara. Ada yang menganggap ia sedikit sukar kerana mereka mungkin langsung tidak biasa atau tidak tahu tentang monumen bersejarah tersebut.

Menariknya, langkah kreatif ini dianggap idea bijak kerana secara tidak langsung ia memberi kelebihan kepada peminat tempatan.

Pujian melambung dari peminat tempatan

Langkah kreatif GoLive itu nyata mendapat pujian bertubi-tubi daripada warganet Malaysia. Ramai menganggap ia satu idea yang disifatkan ‘out of the box’ dalam dunia penjualan tiket konsert.

Malah, ada juga peminat yang mencadangkan supaya kaedah sama diteruskan untuk konsert artis K-POP lain yang bakal diadakan di Malaysia.

Ruang komen di media sosial turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi kreatif dan cadangan bernas daripada netizen. Ia sekali gus menjadikan topik ini terus hangat diperkatakan.

“Mohon EXO nanti ada 3 kali verifications; rukun negara, tugu negara, decode RAHMAN.”

“Twice punya turn nanti, kena record nyanyi lagu Negaraku.”

Better tanya tentang perjanjian sebelum and selepas kemerdekaan.”

“Buat quiz pasal Malaysia. Confirm terkebil-kebil.”

“Lepas ni boleh letak bendera negeri atau logo yang Malaysian je tahu. Aku puas tengok benda ni.”

“Patutlah ramai myzen dapat. Lambat orang luar boleh masuk.”

“Sumpah TDS4 kali ni banyak myzen, masa nak masuk verify tu dah dekah gila sebab tugu.”

BACA: Pengantin Berbangsa India Penuhi Hajat Ibu, Pilih Tema Kahwin Adat Melayu

BACA: Lawat Masjid, Pelancong Kongsi Pendapat Tentang Seni Bina Islam Di Putrajaya

BACA: Majlis Kahwin Klasik Ala Filem Magika Ini Curi Tumpuan

Sumber: TikTok @seezni.id