Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penumpang Pitam, Terjatuh Ke Landasan Di Stesen LRT Wangsa Maju

Penumpang Pitam
Kredit: Bernama

Seorang penumpang dipercayai pitam sebelum terjatuh ke atas landasan di Stesen LRT Wangsa Maju pada jam 6.52 pagi tadi.

Rapid KL menerusi satu kenyataan mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) telah diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan diputuskan sementara sebagai langkah keselamatan.

Susulan itu, perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan.

“Penumpang terlibat kemudiannya berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan oleh petugas stesen dan dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal.

“Penumpang yang berasa kurang sihat atau memerlukan pertolongan di stesen atau platform disarankan untuk mendapatkan bantuan dari Polis bantuan atau petugas stesen,” kata Rapid KL.

Tambahnya, penumpang juga dinasihatkan agar sentiasa berada di belakang garisan kuning ketika berada di platform sebagai langkah keselamatan semasa menunggu tren.

Sumber:Rapid KL
Intipati
  • Seorang penumpang dipercayai pitam sebelum terjatuh ke landasan LRT Wangsa Maju pagi tadi.
  • Rapid KL mengaktifkan sistem PIES dan memutuskan bekalan kuasa sementara sebagai langkah keselamatan.
  • Perkhidmatan Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan susulan insiden di stesen berkenaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan