Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penyanyi Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU Akibat Sesak Nafas
KUALA LUMPUR — Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Wan Noraafiza Ariffin atau lebih dikenali dengan nama Nora kini sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.
Memetik laporan Astro Awani, pelantun Di Persimpangan Dilema itu telah dimasukkan ke ICU sejak dua hari lalu (Ahad).
Perkara tersebut dimaklumkan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli susulan isterinya mengalami sesak nafas.
“Mohan doa ikhlas dari semua,” maklum Rushdi dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan.
Difahamkan, penyanyi berusia 50 tahun itu telah dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas sebelum mengalami sesak nafas sekitar jam 4 pagi Ahad.
Sumber: Astro Awani