Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pepsodent Malaysia Lancarkan Kempen ‘Pepsodent Best Defender’ Sempena FIFA World Cup 2026™

PEPSODENT

Pepsodent Malaysia Lancarkan Kempen ‘Pepsodent Best Defender’ Sempena FIFA World Cup 2026™

Pepsodent Malaysia secara rasmi melancarkan kempen Pepsodent Best Defender di Mydin Subang Jaya Hypermarket, bersempena peranannya sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™. Kempen ini mengetengahkan realiti pengalaman musim bola sepak dalam kalangan keluarga Malaysia.

Adakalanya, siaran bola sepak berlanjutan hingga lewat malam. Justeru itu, menikmati snek pada waktu malam sambil menonton perlawanan telah menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut. Pada masa yang sama, rutin harian seperti penjagaan kesihatan mulut mudah terlepas pandang.

Menyedari tabiat yang sering berlaku ini, kempen terbaharu Pepsodent menampilkan jenama tersebut sebagai ‘pertahanan terbaik’ keluarga dalam melawan masalah kaviti ketika menikmati snek sepanjang musim bola sepak.

“Musim bola sepak merupakan antara detik yang menyatukan masyarakat, sama ada menerusi tontonan perlawanan lewat malam, pertemuan bersama keluarga dan rakan-rakan, mahupun sesi berkumpul di kedai mamak untuk menonton perlawanan besar bersama-sama."

"Dengan makanan dan snek yang sering menjadi sebahagian daripada kemeriahan suasana ini, Pepsodent hadir untuk melindungi senyuman keluarga dan peminat bola sepak, agar mereka dapat menikmati setiap momen serta menyokong pasukan kegemaran mereka dengan lebih yakin,” kata Phoebe Tay, Ketua Pemasaran Pepsodent Malaysia. 

Aktiviti kempen ini menggabungkan elemen bola sepak, momen kekeluargaan dan penjagaan kesihatan mulut harian yang selari dengan pengalaman ramai rakyat Malaysia sepanjang musim bola sepak ini, daripada bersorak menonton aksi lewat malam sehinggalah berkongsi makanan serta meluangkan masa bersama ketika setiap perlawanan utama berlangsung.

Acara pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, YBhg. Dato’ Murad Ali Bin Mydin, Pengarah Eksekutif MYDIN dan Encik Manjunatha Adappa, Pengarah Urusan Datta Shree, sekaligus mencerminkan kerjasama jenama ini bersama MYDIN dalam membawa pengalaman kempen lebih dekat kepada keluarga Malaysia.

“Pepsodent merupakan antara rakan pembekal strategik MYDIN yang sentiasa komited dalam menawarkan produk berkualiti kepada pelanggan. Kerjasama ini bukan sahaja membawakan pengalaman istimewa kepada masyarakat melalui sukan bola sepak, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut sebagai amalan harian. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi keseronokan pengalaman membeli-belah pelanggan di MYDIN,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Acara pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran Dato Sallam Bin Packiry, Ahli EXCO Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Encik Patrick Loo, Pendidik Jurulatih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Encik Izzat Norizan, ahli Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Kehadiran mereka mencerminkan semangat dan minat bersama terhadap bola sepak yang terus menyatukan rakyat Malaysia sepanjang musim FIFA World Cup 2026™.

Menambahkan lagi kemeriahan acara ialah kehadiran Zeem Ahmad, atlet bola sepak gaya bebas Malaysia. Beliau turut membuat persembahan bola sepak gaya bebas istimewa yang mempamerkan kreativiti dan kemahirannya dalam sukan tersebut, sekali gus meraikan sukan yang diminati ramai ini.

Semasa acara tersebut, Pepsodent Malaysia juga memperkenalkan rangkaian ubat gigi Pepsodent Best Defender FIFA edisi terhad yang merangkumi Cavity Fighter, Gum Expert dan Fresh Cool Mint. Jenama ini juga melancarkan beberapa promosi menarik bagi menghangatkan lagi keterujaan musim FIFA World Cup 2026™ buat para pengguna.

Pengunjung boleh menyertai aktiviti permainan mesin cekau atau ‘claw machine’ untuk peluang memenangi barangan eksklusif dan sampel produk. Selain itu, pembelian bernilai RM15 dan ke atas untuk produk penjagaan mulut Pepsodent yang terpilih turut melayakkan pengguna menebus barangan rasmi FIFA seperti botol dan topi. 

Pelancaran ini menandakan permulaan kempen FIFA World Cup 2026™ Pepsodent Malaysia yang lebih besar, dengan pelbagai aktiviti dan promosi di lapangan untuk memeriahkan musim bola sepak. Dengan menghubungkan minat terhadap bola sepak, tabiat menikmati snek dan penjagaan kesihatan mulut, Pepsodent komited membantu rakyat Malaysia melindungi senyuman mereka sambil meraikan kemeriahan FIFA World Cup 2026™ dengan lebih yakin.

Saksikan sorotan pelancaran Pepsodent Malaysia di Instagram rasmi Siakap Keli melalui link ini.