Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perang Iran Hampir Tamat, Tapi Serangan Dahsyat AS Berterusan Beberapa Minggu Lagi - Trump

trump perang iran tamat
Gambar: Alex Brandon / POOL / AFP

Perang Iran Hampir Tamat, Tapi Serangan Dahsyat AS Berterusan Beberapa Minggu Lagi - Trump

Donald Trump pada Rabu berkata bahawa kempen ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran hampir selesai, namun menegaskan negara itu bakal berdepan serangan hebat dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang ketika Washington mempercepat pencapaian objektif ketenteraannya.

Menerusi perutusan khas pertamanya kepada rakyat AS sejak perang meletus pada 28 Februari lepas, Trump memberi jaminan kepada rakyatnya yang semakin jemu dengan peperangan itu bahawa serangan ke atas Iran adalah berbaloi.

“Hasil kemajuan yang telah kita capai, saya boleh menyatakan pada malam ini bahawa kita berada di landasan tepat untuk menyelesaikan kesemua objektif ketenteraan tidak lama lagi, dalam masa yang amat singkat,” kata Trump dari Rumah Putih.

Trump kata Perang Iran hampir tamat, namun serangan dahsyat diteruskan

Tambah Presiden AS itu, objektif strategik teras perang berkenaan kini menghampir fasa penamat. Namun pada masa yang sama menyelitkan amaran bahawa, “kami akan menyerang mereka dengan amat hebat dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.”

Trump turut memberi jaminan kepada sekutunya di Timur Tengah - Israel, Arab Saudi, Qatar, UAE, Kuwait dan Bahrain - yang terjejas teruk dengan serangan peluru berpandu dan drone Iran, bahawa AS tidak akan membiarkan mereka “terluka atau gagal dalam apa jua keadaan sekalipun”.

Dalam ucapannya, Trump memberi bayangan bahawa rundingan mungkin boleh dilaksanakan dengan kepimpinan baharu Iran yang disifatkannya sebagai “kurang radikal dan lebih munasabah”.

Menurut AFP, kenyataan itu menjadi isyarat bahawa AS sedang mengusahakan satu bentuk perjanjian bagi menamatkan perang tersebut.

Trump memberi amaran sekiranya tiada sebarang perjanjian dicapai, AS bersedia melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran penting di Iran termasuk fasiliti penjanaan elektrik negera itu.

Bagaimanapun, Iran pada Khamis menolak cadangan gencatan senjata tersebut, sambil menyifatkan tuntutan AS untuk menamatkan perang berkenaan sebagai “maksimalis dan tidak rasional”.

“Kami menerima mesej melalui perantaraan, termasuk Pakistan, tetapi tiada sebarang rundingan secara langsung dengan AS,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei.

Sumber:AFP