Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perarakan Patung Boneka Gergasi Di Perancis Raih Perhatian Ramai

perarakan patung boneka gergasi
Kredit Facebook/Fossbytes

Perarakan Patung Boneka Gergasi Di Perancis Raih Perhatian Ramai

Tular di media sosial Facebook selepas sebuah perarakan patung boneka gergasi dilaporkan telah memeriahkan jalan-jalan di Perancis.

Patung boneka itu kebanyakannya bersaiz besar dan ada yang tinggi melebihi bangunan tiga tingkat.

Selain itu, boneka itu sangat unik kerana pergerakannya dikawal oleh manusia yang menarik kabel-kabel yang dipasang pada setiap bahagian patung berkenaan.

Kredit Facebook

Perarakan itu seperti persembahan patung Liliput yang sangat popular di negara-negara barat.

Selain patung berbentuk manusia, terdapat beberapa patung yang terdiri daripada haiwan seperti anjing dan seladang.

Kredit Facebook

Apa yang unik dan menarik perhatian berkenaan perarakan setiap patung tersebut ialah, ia dikawal oleh manusia dan peserta itu sendiri.

Pergerakan kaki, tangan, kepala dan mana-mana anggota yang boleh bergerak semuanya dikawal menggunakan kabel yang disambungkan kepada bahagian tersebut.

Kredit Facebook

Malah setiap pergerakan patung tersebut dilihat seakan semula jadi, ia termasuk pergerakan kerdipan mata dan mulut patung terbabit.

Bagi patung yang tinggi, untuk melangkah terdapat beberapa orang memainkan peranan. Mereka dilihat melompat dari atas platform bagi memastikan kaki patung tersebut terangkat seperti sedang melangkah.

Selain itu, untuk menggerakkan sesebuah patung tersebut memerlukan tenaga yang banyak serta penglibatan oleh orang yang ramai.

Keunikan perarakan ini sekali gus telah menarik ramai pengunjung yang berada di sepanjang jalan-jalan di Perancis.

Mata Dan Rambut Diambil Dari Manusia, Anak Patung Bernama George Ini Didakwa Berpuaka

Terdahulu, anak patung George yang diperbuat pada tahun 1930-an dilaporkan dibuat menggunakan mata dan rambut daripada orang yang telah mati.

Muzium Berhantu Nottingham tersebut diasas oleh Marrie Wesson bersama suaminya pada 2018. Namun baru-baru ini, beliau telah bertemu dengan seorang pakar barangan antik iaitu Charlie Ross dalam sebuah rancangan temu bual popular TV, BBC Bargain Hunt.

Di dalam rancangan tersebut, Marrie telah membawa bersama beberapa barangan pamerannya yang paling mengganggunya. Salah satu daripada barangan tersebut ialah George, anak patung yang kelihatan pelik sejak tahun 1930-an di Texas.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Menurut Charlie, George berasal dari zaman di mana orang membuat patung sedemikian rupa untuk mengenang orang yang mereka sayangi.

Namun dalam kes George, orang yang membuatnya telah menggunakan rambut dan mata dari orang tersayang yang sudah meninggal.

Sumber: Facebook via Fossbytes