Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Percaya Anak Ada DNA Ular Kerana Terpengaruh Teori Konspirasi, Ayah Tembak Mati Anak Sendiri Kerana Takut Membesar Jadi Raksasa

Gambar: Loop Barbados

Seorang lelaki yang dipengaruhi oleh “teori konspirasi” telah mengakui membunuh dua orang anaknya yang masih kecil menggunakan senjata api kerana mendakwa bahawa mereka “mewarisi DNA ular” dan “akan membesar menjadi raksasa,” lapor portal Daily Star.

Lelaki yang berusia 40 tahun itu menyatakan kepada penyiasat bahawa dia percaya yang anak-anaknya itu mewarisi gen ular dari isterinya setelah dia ditahan di perbatasan Mexico.

Menurut New York Post, suspek telah dilaporkan hilang oleh isterinya setelah dia meninggalkan rumahnya itu bersama dengan anak perempuannya yang berusia 10 bulan dan anak lelaki berusia 2 tahun tanpa tempat duduk kereta kanak-kanak.

Dia kemudiannya nekad menembak kedua-dua anaknya itu di bahagian dada mereka dengan menggunakan senapang ikan, menurut dokumen mahkamah.

Suspek dilaporkan telah ditangkap oleh Agensi Kastam dan Peronda Sempadan ketika dia cuba memasuki Amerika Syarikat secara berseorangan dua hari kemudiannya, kata seorang pegawai FBI.

Polis Mexico dilaporkan menemui mayat yang sepadan dengan keterangan yang menggambarkan anak-anak lelaki itu di sebuah parit, menurut dokumen tersebut.

Pegawai FBI menyatakan suspek telah memberitahu pihak polis bahawa dia “percaya anak-anaknya akan membesar menjadi raksasa, jadi sebab itulah dia perlu membunuh mereka”.

Menurut laporan, lelaki itu mempercayai teori konspirasi QAnon yang disebarkan oleh beberapa peminat Donald Trump.

Suspek bakal didakwa atas tuduhan membunuh warganegara Amerika Syarikat di luar negara dan akan hadir di mahkamah LA minggu hadapan.

Sumber: Daily Star