Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perdana Menteri Ditahan, Sudan Isytihar Darurat Dan Kerajaan Peralihan Telah Dibubarkan

Pada Isnin lepas, Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan iaiatu Abdel Fattah Al-Burhan telah mengisytiharkan darurat di seluruh negaranya. Lapor Xinhua, negara ini juga telah membubarkan kerajaan peralihan.

Keputusan pengistiharan darurat dan pembubaran kerajaan peralihan tersebut telah dibuat setelah pihak tentera menahan pemangku pegawai kerajaan peralihan. Pegawai kerajaan peralihan iaitu Perdana Menteri Abdalla Hamdok setelah beberapa jam selepas kejadian tersebut.

Bekas Presiden Omar al-Bashir digulingkan pada April 2019 sehingga mengakibatkan Sudan ditakbir kerajaan peralihan. Kerajaan peralihan itu dibentuk sementara menunggu pilihan raya diadakan.

Sumber: Sinar Harian