Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perdana Menteri Jepun Lanjutkan Tempoh Darurat Sehingga 31 Mei 2020

Gambar: Google

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Mei 2020 pada hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin menular.

Tempoh lanjutan tersebut dikatakan berlaku kerana sistem perubatan yang semakin lemah akibat peningkatan kes COVID-19 dan aktiviti ekonomi yang semakin tertekan disebabkan oleh pengisytiharan darurat.

Panel pakar perubatan kerajaan Jepun pada hari Jumaat lepas telah mengesyorkan agar langkah-langkah kecemasan tetap dilakukan untuk sementara waktu bagi mencegah lonjakan kes baru COVID-19 yang boleh memberikan tekanan kepada hospital.

Sebelum ini, Shinzo Abe telah mengisytiharkan keadaan darurat selama sebulan pada 7 April untuk tujuh wilayah yang meliputi kawasan bandar termasuk Tokyo, Osaka dan Fukuoka. Beliau kemudian memperluaskannya ke seluruh negara Jepun pada 16 April 2020.

Sumber: Kyodo News, The Spectator Index