Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perenang Olimpik Singapura, Joseph Schooling Mengaku Ambil Ganja

Sofea
joseph schooling mengaku ambil ganja
Gambar: Olympics

Perenang Olimpik Singapura, Joseph Schooling Mengaku Ambil Ganja

Bekas juara Olimpik, Joseph Schooling dan rakan perenang negaranya, Amanda Lim dilaporkan telah mengambil dadah terkawal.

Memetik laporan The Straits Times, Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura telah menjalankan siasatan ke atas kedua-dua atlet itu berkaitan kesalahan penggunaan ganja.

Susulan itu, Amanda telah diberikan amaran keras oleh CNB di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, manakala Schooling pula telah dirujuk kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk dinilai dan diambil langkah yang sewajarnya memandangkan beliau kini sedang menjalani khidmat negara.

Dalam kenyataan berasingan, Mindef berkata bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengekalkan dasar toleransi sifar yang ketat terhadap penyalahgunaan dadah.

Anggota perkhidmatan yang didapati positif dadah akan didakwa dan dijatuhkan hukuman ke Berek Tahanan SAF.

Menurut kementerian itu, individu yang disyaki atau mengaku menyalahgunakan dadah akan menjalani rejim ujian air kencing yang diawasi SAF sebagai sebahagian daripada proses rawatan dan pemulihan.

Tambah kenyataan itu lagi, siasatan CNB terhadap Schooling telah ditamatkan dan kes itu diserahkan sepenuhnya kepada SAF.

Selepas menjalani ujian air kencing sekali lagi, ia kembali negatif, lapor The Straits Times.

Sementara itu, Schooling juga dipercayai mengaku bahawa telah mengambil ganja di luar negara pada Mei 2022.

Persatuan Renang Singapura (SSA) dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pula berkata mereka akan mengkaji semula tindakan yang sewajarnya.

BACA: Perenang Profesional Alami Detik Cemas, Pengsan Dalam Air Di Kejohanan Dunia

Sumber: The Straits Times