Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Perform," Suami Hantar Tudung Tertinggal, Ramai Hairan Tak Berkedut Walau Naik Motor

Suami Hantar Tudung Tertinggal
Kredit: Badrina Ghazali
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

"Perform," Suami Hantar Tudung Tertinggal, Ramai Hairan Tak Berkedut Walau Naik Motor

Dalam kesibukan mengejar rutin harian, perkara kecil seperti tertinggal barang sering kali berlaku tanpa disedari.

Kadang kala bila sudah sampai ke tempat kerja, telefon bimbit pun baru perasan tertinggal dekat rumah.

Tetapi perkongsian oleh pengguna Threads, Badrina Ghazali, ini membuatkan ramai terhibur.

Menurut wanita itu, dia bergegas ke tempat kerja dan tidak sedar tertinggal tudung di atas papan seterika.

Badrina berkata dia hanya menyedari tudungnya tertinggal selepas tiba di tempat kerja.

"Keluar rumah 6.10am, mandi, solat pakai baju terus jalan.

"Sampai parking pejabat, mekap.. selepas itu nak pakai tudung. Terus gugur jantung aku. Tudung takde!

"Hmm tudung kat rumah atas papan seterika," katanya.

Dalam keadaan cemas itu, Badrina menghubungi suaminya untuk menghantar tudung tersebut.

Rakaman ketika suaminya membawa tudung tersebut mencuit hati ramai, namun dalam masa sama menuai pujian kerana tudung itu berada dalam keadaan baik tanpa kedutan.

"Aku terlupa, telefon husband mintak hantar tudung.. Alhamdulillah masa telefon tu dia masih kat rumah tengah siapkan anak.

"Aku tak tahu macam mana dia buat.. tapi tudung aku perform tak kedut walaupun dia hantar naik motor," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya tudung siapa yang dipakainya ketika keluar dari kereta.

Menurut Badrina, dia meminjam tudung milik rakannya.

Selain itu, orang ramai juga membayangkan bagaimana suami Badrina membawa tudung tersebut.

"Saya rasa suami awak jadikan tudung tu cape superman. Sepit kat bahu, melayang-layang dia," kata seorang netizen.

"Suami akak singgah kedai gi iron dulu before pass kat akak ke cane eh," komen seorang lagi.

Susulan itu, Badrina 'mendedahkan' cara suaminya itu membawa tudung tersebut dalam keadaan yang baik.

"Dia kata jangan lipat.. gulung secara loose.. lepas tu letak dalam beg yang longgar (besar) bila sampai cepat-cepat kibas," katanya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Badrina Ghazali menyedari tudungnya tertinggal di rumah selepas tiba di pejabat.
  • Dia menghubungi suaminya, yang kemudian menghantar tudung itu dengan menaiki motor.
  • Suaminya berkata tudung digulung longgar dan diletakkan dalam beg besar supaya tidak berkedut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan