Jika anda masih ingat lagi pada 5 September 1995 dahulu, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki dibaham ular sawa di Segamat, Johor.
Mangsa pada awalnya dikatakan pergi ke bangsal di belakang rumah untuk menutup suis generator.
Namun langkahnya terhenti apabila dia diserang reptilia besar tersebut sebelum bergelut dengannya bagi menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila ular berkenaan bertindak menelan membelit, menelan kepala dan sebahagian badan mangsa.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tragedi ngeri tersebut telah menakutkan penduduk sekeliling yang risau akan keselamatan mereka, sekiranya bertembung dengan pasangan ular sawa yang mati itu di kawasan paya, semak dan kebun gerah berhampiran.
Halaman Facebook Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) baru-baru ini mengimbas semula insiden berkenaan.
Difahamkan, ular sawa itu berukuran 6.3 meter panjang dan seberat 140 kilogram.
Selepas tragedi itu, tengkorak dan kulit ular sawa tersebut disimpan di Institut Biodiversiti (IBD) Jabatan PERHILITAN di Lanchang, Pahang sehingga hari ini.


Sumber: PERHILITAN