Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
perhimpunan agung umno
Kredit: Bernama
Perhimpunan Agung UMNO: Tiada Usul Keluar Kerajaan Perpaduan Diterima – Asyraf Wajdi

Sofea

Perhimpunan Agung UMNO: Tiada Usul Keluar Kerajaan Perpaduan Diterima – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — UMNO menerima 662 usul daripada 175 bahagian sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 pada minggu depan dengan tiada usul mencadangkan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kesemua usul itu diterima hasil persidangan UMNO Bahagian tahun lepas melibatkan 175 daripada keseluruhan 191 bahagian dengan Perak mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 133.

“Usul kebanyakannya berkisar dalam konteks politik, agama, pendidikan dan ekonomi dengan antara usul paling panas atau paling banyak dihantar ialah menuntut keadilan serta pengampunan penuh untuk Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 akan berlangsung dari 14 hingga 17 Jan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini selepas ditangguhkan dua kali pada Ogos dan November bagi memberi laluan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau berkata UMNO Bahagian juga tidak mengusulkan kerjasama dengan parti politik lain termasuk PAS, namun mereka tidak menghalang mana-mana jurucakap daripada membangkitkan pandangan atau sentimen akar umbi semasa perbahasan.

BACA JUGA: Buli: Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Mahu Saman

Asyraf Wajdi berkata sebanyak 6,412 perwakilan telah mendaftar melibatkan 2,928 orang bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita (1,165 orang), Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda (1,173 orang) dan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri (1,146 orang).

Beliau berkata wakil MCA, MIC dan Friends of Barisan Nasional telah mengesahkan kehadiran pada perasmian persidangan tersebut.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata tiada wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan dijemput menghadiri perhimpunan itu memandangkan ia memberi tumpuan penuh kepada urusan dalaman parti selain bagi memberi ruang kepada perwakilan dan jurucakap sayap UMNO untuk menyuarakan pandangan secara terbuka.

Beliau berkata perhimpunan akan bermula pada 13 Jan dengan beberapa program pemanas melibatkan wacana ilmiah, pendidikan dan pemerkasaan parti termasuk Mutaqqaf Ilmuan Islam, Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO serta Simposium Politik Era Digital.

Perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri dijadualkan pada 14 Jan di Dewan Merdeka dan diteruskan dengan persidangan sayap pada keesokannya.

Perhimpunan Agung UMNO pula bermula secara rasmi pada 16 Jan dengan majlis menaikkan bendera sebelum ucapan dasar Presiden UMNO diikuti sesi perbahasan.

Sumber: BERNAMA