Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perjanjian Petronas-PETROS Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi - PM Anwar

Petronas-PETROS
Kredit: Bernama

Perjanjian Petronas-PETROS Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perjanjian antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) akan dimuktamadkan tidak lama lagi, lapor RTM.

Menurut Anwar, pihaknya akan memastikan kedua-dua syarikat itu memberi manfaat kepada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri.

Ia termasuk mencari solusi dan win-win situation bagi kedua-dua pihak.

“Yang mula menetapkan parameter atau prinsip asas itu diputuskan bersama oleh saya dan Premier Sarawak. Saya juga telah mengumumkannya di Parlimen.

“Kini, sekurang-kurangnya beberapa perkara pokok telah dipersetujui dan insya-Allah, tidak lama lagi kita boleh memuktamadkan perjanjian antara Petronas dan PETROS,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Susulan Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri di sini semalam.