Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh

Perkasa Komuniti Ambil Tanggungjawab Hindari COVID-19 – Muhyiddin

Nurul Najiha

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Pemimpin komuniti perlu memperkasakan komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungjawab melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata berkata sehubungan itu, kempen akan dilakukan bagi mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi dan sekali gus meringankan beban petugas barisan hadapan.

Ia merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh perdana menteri dalam sidang video bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tengah hari tadi berkenaan perkembangan terkini situasi COVID-19 di Malaysia.

“Langkah ini juga sangat penting dalam merangka “exit plan” bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang juga merupakan kriteria terakhir yang mesti dipenuhi sebelum PKPB boleh ditamatkan,” katanya dalam status yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Facebook beliau hari ini.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam sidang video berlangsung selama 40 minit ialah proses penghantaran balik pendatang asing tanpa izin yang disahkan negatif COVID-19.

Muhyiddin berkata beliau telah mengarahkan proses itu dipercepatkan bagi mengurangkan risiko penularan semula jangkitan virus itu dalam kalangan pendatang tanpa izin yang berada di depot tahanan imigresen.

“Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian semasa usaha memerangi COVID-19 seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Dr Noor Hisham.

“Saya percaya sekiranya seluruh masyarakat dapat bekerjasama dan mengambil tanggungjawab menjaga komuniti masing-masing, negara kita akhirnya akan berjaya mengakhiri penularan wabak COVID-19,” katanya.

Pada masa yang sama, perdana menteri turut menafikan dakwaan kononnya beliau kini berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan.

“Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

“Namun dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, saya akan pastikan perbincangan merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan,” katanya.

Sumber: Bernama