Perlis & Enam Kawasan Di Kedah Alami Cuaca Panas
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa negeri Perlis dan enam kawasan di Kedah mengalami cuaca panas dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.
Enam kawasan di Kedah yang terlibat ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling, & Bandar Baharu.
Kesemua kawasan itu kini pada tahap 1 iaitu tahap berjaga-jaga.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

