Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Dibuka Untuk Golongan B40 Yang Tinggal Di Wilayah Persekutuan – MAIWP

Gambar Hiasan via Google

Mufti Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui laman Facebook rasmi membuat hebahan Permohonan Bantuan Kecemasan 3.0 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 Jun 2021.

Sebelum membuat permohonan, anda perlu semak terlebih dahulu sekiranya anda tersenarai dalam penerima automatik inisiatif MAIWP Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 di sini. Jika tidak tersenarai, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi Baitulmal MAIWP.

Bantuan kepada penerima Bantuan Kecemasan 2.0 akan disalurkan secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan baharu. Permohonan dibuka kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terjejas pendapatan.

Sumber: Facebook MAIWP