Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mufti Wilayah Persekutuan Sokong Pelantikan Sheikh Ali Jum’ah Berdasarkan Kepakaran Turath

MUFTI
Kredit: Bernama

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berpandangan pelantikan Sheikh Dr Ali Jum’ah sebagai rujukan dalam Majlis Penasihat Pondok dan Turath oleh Kerajaan Malaysia tidak menjadi satu kesalahan, mengambil kira kepakaran tokoh berkenaan dalam bidang itu.

Menurutnya, pengalaman dan penguasaan mendalam bekas Mufti Besar Mesir itu dalam bidang turath mampu memberikan manfaat kepada usaha pembangunan ilmu berkenaan di Malaysia.

Beliau yang mempunyai pengalaman hampir 25 tahun dalam pembelajaran dan kajian turath berkata, kepakaran Sheikh Dr Ali Jum’ah wajar dinilai berdasarkan sumbangannya terhadap bidang ilmu tersebut.

Mengulas kritikan berkaitan latar belakang politik Sheikh Dr Ali Jum’ah yang didakwa membantu kezaliman, Ahmad Fauwaz berkata, perkara itu berkait dengan perkembangan politik di Mesir yang telah berlalu.

“Kita kena lebih objektif dan memahami realiti ilmu dengan baik. Tidak ada orang yang sempurna dan ambillah yang terbaik daripada tokoh kita walaupun kita tidak bersetuju dengannya.

“Inilah yang dikatakan hikmah dan kebijaksanaan. Saya bercakap benar berdasarkan pengalaman saya di dalam pembelajaran turath yang mendalam. Tahniah kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.