Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Permohonan Guru & Pensyarah Cemerlang Kini Dibuka, Ini Syarat & Cara Mohon
Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di pelbagai institusi pendidikan termasuk sekolah, Kolej Vokasional (KV), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM), English Language Teaching Centre (ELTC) dan Sekolah Dalam Hospital (SDH).
Selain itu, ia turut melibatkan Sekolah Integriti (SI), Maktab Tentera Diraja (MTD), Sekolah Henry Gurney (SHG), Sekolah Tunas Bakti, Pusat PERMATA serta Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2026.
Urusan pemangkuan ini dibuka kepada PPP yang telah menerima tawaran opsyen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan melibatkan beberapa gred jawatan yang telah ditetapkan.
Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Menengah/ KV/ IAB/ KM/ ELTC
Gred Khas C, DG14, DG13, DG12, DG10
Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Rendah
DG14, DG13, DG12, DG10
Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah/ KV/ Pusat Anak PERMATA Negara
DG7, DG6
Pensyarah Cemerlang IPG
Gred Khas C, DG14, DG13, DG12
Bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak dipertimbangkan, beberapa syarat umum telah ditetapkan.
Telah disahkan dalam perkhidmatan;
Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon;
Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurangkurangnya 85% bagi tahun 2023, 2024 dan 2025;
Bebas daripada tindakan tatatertib (MYSPP Ceraian UP.3.1: Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat);
Telah mengemukakan perisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 24.04.2026);
Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;
Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).
Selain syarat umum, calon juga perlu memenuhi syarat khusus yang berbeza mengikut kategori jawatan dan institusi seperti yang dinyatakan dalam lampiran berkaitan.
i. Lampiran A1 - Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) di Sekolah Rendah / Sekolah Menengah / KV/ Pusat Anak PERMATA Negara;
ii. Lampiran A2 - Guru Cemerlang (Siswazah) di Sekolah Rendah/SDH/ SI/ SHG/Pusat PERMATA;
iii. Lampiran A3 - Guru Cemerlang (Siswazah) di Sekolah Menengah/ SDH/ SI/ SHG/ MTD /KV/ IAB/ KM/ ELTC
iv. Lampiran A4 - Pensyarah Cemerlang (Siswazah) di IPG.
Tarikh tutup permohonan di peringkat calon adalah pada Jumaat, 24 April 2026 sebelum jam 11.59 malam, manakala pengesahan oleh Ketua Jabatan perlu dibuat selewat-lewatnya pada Sabtu, 2 Mei 2026.




Proses penilaian bagi urusan pemangkuan ini dijadualkan berlangsung antara Jun hingga Ogos 2026 dan tertakluk kepada sebarang perubahan.
Hanya calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan melalui proses penilaian.
Calon yang telah memberikan persetujuan melalui sistem ePangkat tidak dibenarkan menarik diri selepas itu dan diwajibkan hadir pada tarikh penilaian yang ditetapkan.
Kegagalan mematuhi jadual atau penarikan diri pada saat akhir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan penalti.
Hanya calon yang berjaya dalam penilaian, diperakukan oleh Kementerian Pendidikan serta diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan (APP) melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Bagi calon yang tidak menerima sebarang pemakluman daripada kementerian selepas 31 Ogos 2027, mereka dianggap tidak berjaya dalam urusan pemangkuan ini.
Difahamkan, keputusan rasmi juga perlu dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing.