Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Permohonan UPUOnline Dibuka
Kredit: Bernama

Permohonan UPUOnline Dibuka Bermula 29 Januari Ini

Iqbal Yasir

Permohonan UPUOnline Dibuka Bermula 29 Januari Ini

Permohonan UPUOnlineBagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027 akan dibuka pada 29 Januari hingga 23 Mac 2026 bagi Fasa Permohonan lepasan SPM dan Fasa Pertama lepasan STPM atau setaraf.

Manakala bagi permohonan Fasa Kedua lepasan STPM atau setaraf pada 13 April 2026 hingga 15 Mei 2026.

"Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2026/2027 ke program Sijil, Asasi, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam, 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan 2 Institusi dari MARA di Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui UPUOnline akan dibuka pada 29 Januari hingga 23 Mac 2026," maklum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan itu.

Permohonan itu terbuka kepada pelajar lepasn SPM dan STPM atau setaraf bagi semua golongan pengajian pada Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM atau setaraf. Manakala hanya pengajian yang tidak bertemu duga dan ujian sahaja dibuka pada permohonan Fasa Kedua Lepasan STPM atau Setaraf.

"Pembelian No Pin UPUOnline@ boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Januari 2026 sebelum mengemukakan permohonan dengan harga RM10.60 (termasuk cas perkhidmatan).

"Keadah bayaran no pin UPUOnline@ di BSN boleh dibuat melalui 387 kaunter cawangan BSN, 843 ATM BSN dan perbankan internet myBSN.

"BSN akan mengeluarkan no pin UPUOnline@ beserta salinan resit pembayaran. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Terdapat 363 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,146 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM atau setaraf di institusi pengajian berkenaan.