SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain Formula 1 (F1) di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, telah dilewatkan permulaannya hari ini.
Perlumbaan tersebut dilewatkan permulaannya akibat hujan yang melanda litar ikonik Malaysia itu.
“Kawalan perlumbaan: Permulaan Grand Prix akan dilewatkan,” maklum Formula 1 di platform Threads.
Perlumbaan itu sepatutnya bermula pada pukul 3 petang ini, namun ia masih belum bermula ketika berita ini ditulis.
Pada bulan Julai, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Okt, susulan perjanjian antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.Perjanjian itu berjaya mengekalkan GP Bahrain di dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan tersebut dibatalkan pada awal musim ini akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari tahun 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

