Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pernah Strok Sebelah Badan, Ada Darah Tinggi, Kencing Manis, Lelaki Ini Amalkan Kayuh Basikal Dan Ini Hasilnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Siapa yang tidak mahu tubuh badan yang sihat kan? Tidak dinafikan sekarang ini pelbagai penyakit mudah dapat tetapi bukan bermakna kita terus rasa lemah kan?

Jadi, kita boleh ubah cara pemakanan atau cara hidup lebih sihat. Dengan perbanyakkan aktiviti riadah.

Seperti perkongsian daripada pengguna Facebook ini, Rofdi Nordin berkongsi pengalamannya selepas mengalami strok sebelah badan. Sejak dari itu, dia ubah kehidupannya ke arah lebih sihat.

Bukan perlu peralatan atau benda yang mahal-mahal, cukuplah dengan apa yang ada untuk kesihatannya kembali sihat seperti sedia kala. Mungkin perkongsian daripada lelaki ini boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang mengalami nasib yang sama.

Sekadar perkongsian…

Saya pernah mengalami strok sebelah badan…lumpuh hampir bertahun untuk sembuh..ada darah tinggi..ada kencing manis..ada kolestrol..jadi kena makan ubat dan berjumpa doktor setiap bulan.

“Masalahnya setiap kali berjumpa doktor pasti kena marah sebab tekanan darah tinggi dan paras gula tinggi…”

Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk kayuh basikal…hasilnya amat memuaskan..setelah hampir 2 tahun berkayuh..tahap tekanan darah tinggi..paras gula dan kolestrol kembali normal, berat badan pon turun.

Sekarang jumpa doktor pon 6 bulan sekali..alhamdulillah….jadi kepada kawan-kawan yang ada masalah penyakit cuba lah aktiviti berbasikal ..berjogging..hiking..tak kesah laa aktiviti apa pon janji berpeluh..setiap penyakit pasti ada penawar nya..Insyaallah..take care.

#tak laju pon tak pa janji kayuh #tak mahal pon tak apa janji kayuh

Sumber: Rofdi Nordin