Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

McGregor Umum Persaraan Dari Sukan MMA?

Conor McGregor yang juga bintang utama sukan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA) mengumumkan persaraannya dari sukan tersebut sebentar tadi.

Nama McGregor menjadi sebutan di Malaysia selepas dia ditewaskan oleh atlet MMA Rusia, Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov atau Khabib dalam siri UFC tahun lepas.

”Satu pengumuman ringkas, saya mengambil keputusan untuk bersara daripada sukan MMA hari ini.

”Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan atlet yang masih aktif dalam acara-acara MMA di masa depan,” katanya.

McGregor juga memaklumkan dia kini ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan, yang juga bekas atlet MMA di masa depan.

Dalam siri UFC tahun lepas, McGregor yang melakukan provokasi termasuk menghina nama keluarga, negara dan agama Khabib, seorang Muslim, tewas melalui ‘submision’ kepada Khabib.

Khabib yang hilang sabar selepas tamat pertarungan telah melompat keluar daripada gelanggang dan menyerang jurulatih dalam kem McGrogor. Insiden berkenaan telah mendapat liputan meluas media.

Kedua-dua atlet ini telah dikenakan denda dan digantung sementara waktu daripada menyertai acara UFC.

Sumber: Conor McGrgor