Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perodua Kancil, Sejarah Gemilang Automotif Negara

perodua kancil sejarah

Perodua Kancil, Sejarah Gemilang Automotif Negara

Kalau nak cerita kereta paling popular kebelakangan ini pasti Perodua Bezza dan Proton Saga adalah jawapannya.

Tapi masihkah anda ingat ada sebuah model Perodua yang kecil dan comel pernah menjadi fenomena di seluruh Malaysia dan model itu masih gagah di atas jalan sehingga sekarang.

Perodua Kancil Sejarah Gemilang

Ya, Perodua Kancil. Kereta ini dilancarkan pada tahun 1994 oleh Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Perodua Kancil adalah salah satu model yang dijenamakan semula dari model Daihatsu Mira L200 generasi ketiga.

perodua kancil sejarah

Harga jualan Perodua Kancil ketika dilancarkan adalah RM24,000 dan Perodua Kancil menyasarkan pengguna dari golongan berpendapatan rendah, pelajar dan sebagai kereta kedua.

Perodua Kancil menunjukkan impak yang segera apabila menerima ribuan tempahan sehingga masa menunggu mencecah sehingga 6 ke 9 bulan.

Tahun pertama sahaja Perodua Kancil berjaya dijual sehingga 10,000 unit dan menjelang 1996, pengeluaran meningkat secara mendadak sehingga 50,000 unit setahun.

perodua kancil sejarah
Kredit: Paultan.org

Zaman kegemilangan Perodua Kancil berterusan walaupun dunia dilanda krisis ekonomi 1997, jualan Perodua Kancil tidak terjejas.

Orang ramai beralih dari kereta mahal kepada kereta yang lebih kepada harga ekonomi untuk memandu kereta baharu.

Facelift pertama Perodua Kancil muncul 8 tahun selepas pelancarannya iaitu tahun 2002. Rupa Perodua Kancil berubah kepada lampu bentuk bulat.

Kredit: Wikipedia

Perodua Kancil facelift ini adalah titik perubahan besar kepada kereta kecil ini apabila ia mencatat jualan yang jauh lebih tinggi.

Kereta Kancil juga jadi pilihan sekolah memandu di Malaysia ketika itu dan 70% pemegang lesen memandu di Malaysia lulus ujian memandu dengan menggunakan Kancil.

Kredit: Asliah Sekolah Memandu

Perodua Kancil juga menuju angka jualan satu juta unit dan mengikut data rasmi dari 1994 sehingga 2009 sebanyak 722,223 unit kancil berjaya dijual.

Ia menjadikan Perodua Kancil mencatat sejarah automotif Malaysia dengan menjadi kereta paling banyak dikeluarkan di negara ini.

Walaupun jualan Perodua Kancil masih lagi stabil tetapi Perodua akhirnya menghentikan pengeluaran Perodua Kancil pada Julai 2009 kerana ingin memberi laluan kepada Perodua Viva.

Unit terakhir Perodua Kancil disimpan di kilang Perodua sebagai satu lambang sejarah Perodua dan juga industri automotif Malaysia.

TIKET PENANG AUTOSHOW DI SINI