Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perodua QV-E Boleh Beli Dengan Bateri

Perodua qv-e bateri

Perodua QV-E Boleh Beli Dengan Bateri

Perodua hari ini menawarkan tawaran istimewa kepada bakal pemilik Perodua QV-E apabila anda boleh beli dengan pemilikan penuh termasuk bateri.

Harga yang ditawarkan adalah RM87,499 untuk pemilikan penuh dan RM63,499 untuk pakej BAAS dengan bayaran bulanan RM215.

Perodua QV-E Turun Harga, Boleh Beli Dengan Bateri

Tawaran ini sah sehingga 30 September 2026 dan selepas dari tarikh itu, harga pemilikan penuh akan naik kepada RM93,999.

Bagi pelanggan sedia ada pula, pulangan wang khas akan diberikan kerana harga langganan bulanan mereka juga akan turun dari RM275 kepada RM215.

Kadar baharu ini akan berkuat kuasa untuk tempoh bayaran seterusnya.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, beliau mengalu-alukan rakyat Malaysia memuat turun aplikasi P-circle untuk membuat tempahan.

Selain itu, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Perodua untuk pandu uji dan seterusnya membuat tempahan kereta elektrik buatan Malaysia ini.

Perodua QV-E dilancarkan pada 1 Disember 2025 dengan pakej Battery-as-a-service (BAAS) iaitu pemilik hanya memiliki kereta dan perlu menyewa bateri dari Perodua.

Pakej ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang setuju dan yang tidak setuju kerana perlu menambah sekurang-kurangnya RM275 sebulan.

Perodua berkata pakej ini memberikan ketenangan kepada pembeli kerana segala masalah bateri akan ditanggung oleh Perodua.

Nilai jualan semula Perodua QV-E juga akan terpelihara kerana bateri sentiasa akan ditukar baharu selepas sampai tempoh masanya.

Sumber:Perodua