Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perodua Bezza Kekal Popular Setakat Mei 2026
Berdasarkan data.gov.my yang dikemaskini setakat 31 Mei 2026, Perodua Bezza kekal mendahului sebagai kereta paling popular dengan 39,465 unit didaftarkan.
Ditempat kedua pula kekal milik Proton Saga MC3 yang sudah 37,234 unit didaftarkan setakat Mei 2026.
Manakala Perodua Axia di tangga ketiga 30,940 unit, Myvi 23,894 unit dan Alza melengkapkan tangga 5 teratas dengan 15,677.
Tangga keenam hingga sepuluh, jenama Proton pula mendominasi dengan Proton X50 ditangga keenam dengan 11,630 unit didaftarkan.

Kemudian, diikuti dengan Proton X70 dengan 10,525 unit dan e.MAS 5 mengungguli carta kereta elektrik dengan 9,356 didaftarkan setakat Mei 2026.
Model terbaru dari Perodua iaitu Perodua Traz juga berjaya menduduki tangga 10 teratas dengan 8,849 unit didaftarkan dan tangga kesepuluh adalah Ativa.
Berdasarkan jenama pula, Perodua kekal mendominasi carta dengan jumlah 130,778 unit telah didaftarkan jauh meninggalkan Proton di tangga kedua dengan 82,560 unit.
Toyota pula kekal di tempat ketiga dan menjadi jenama bukan nasional paling popular setakat Mei 2026 dengan 40,886 unit didaftarkan.
Jumlah tersebut jauh meninggal Honda di kedudukan keempat dengan 21,252 unit telah didaftarkan.
Trend ini nampaknya Toyota bakal menggugat kedudukan Honda sebagai jenama bukan nasional paling popular di Malaysia tahun ini.
Ditangga kelima pula adalah Chery diikuti dengan Mitsubishi, Mazda, BYD, Jetour dan Mercedes Benz.